Followers

ADS

FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !
BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !

Stalker.

Monday, November 3, 2014

Trip to Indonesia : Day 1 , 26 Oct 2014.


Sambungan dari post sebelumnya..

Ni kira day 1 lah kan walaupun malam sebelumnya tu sudah arrived di Indonesia haha.. okey sambung cerita. Day 1 ni kami bergerak ke bandung dengan menaiki Train.  Fuuh ! excited gilaaa. Hehe.


fuxion inn

Paginya tu check out dulu dari Fuxion Inn before bergerak ke stesen kereta api. Perjalanan takdalah jauh tapi wel lebih baik gerak awal kan ? Oh ya lupa mahu cakap, tiket train anda boleh beli di mart namanya Indo Mart, banyak berterabur mart tu. Ada di mana mana haha. Tapi make suure bawa passport sekali masa beli sebab nanti cashier kena key in data. Luckily kitaorang sempat beli tiket doh malamnya tu. Itu pun lepas orang hotel ni yang info. Option lain, beli online saja pun boleh.

Kalau perlu service taxi, lebih baik minta orang hotel tolong contactkan. Mudah, cepat dan selamat hehe.

keadaan jakarta pada siang hari

dalam taxi blue bird

Perjalanan dari hotel ke stesen kereta api dalam 15 minit ja, tapi kauorang kena alert la bandar jakarta ni macamana haha so kena atur perjalanan tu. Gerak awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

nah mesin cetak tiket

lepas cetak. hikhik

jadual perjalanan

Kitaorang tunggu adalah leih kurang sejam. Dalam masa menunggu tu lepak kedai makan Oh ya stesen ni jangan risaulah kalau bab tempat makan, semua lengkap so sambil menunggu bolehlah kan makan minum segala bahaha.

Masa menunggu ni juga decided untuk beli sim indon, senang mahu contact, Tapi masalah jugalah mau insert pakai blackberry pfft. So dinasihatkan pakailah smartphone yang tidak menyusahkan. Iphone, blackberry takyah la mau mengada-gada pakai tukar sim kalau luar malaysia. haha.

tadaaa !!

Tunggu punya tunggu, akhirnya masa yang ditunggu tiba juga. Cewah. Haha.

Dalam train

Okey bila cerita pasal train pula dinasihatkan ambillah Executive punya. Bukan mahal pun. Baru 110K. Convert ke Rm tak sampai rm30. Sebab perjalanan bukan dekat jakarta - bandung. Hampir 3 jam. Tu tak kira lagi kalau delay dalam perjalanan bla bla so disini keselesaan perlu diutamakan. Toilet ada, tv ada, aircond ada, seat selesa boleh pusing depan belakang dan dalam train ada orang jual makanan haha so perfect for the trip ! Oh ya lupa mau mention, pun ada tempat charger. Bahaha perfectttttttt . Eh kauorang kena beli international punya charger wei.

kaki panjang takda hal haha aku kaki pendek sikit tak smpai

Sepanjang perjalanan aku nampak : 

sawah padi

kubur ekkk !!


Sampai saja di stesen kereta api bandung, dijemput oleh pakcik tourist guide merangkap pemandu peribadi kitaorang hikhik.

Benda pertama yang aku spot bila keluar dari stesen tu :

Proton savy ! haha
Tempat pertama dia bawa adalah kedai makan depan stesen. Nasi padang boh !





Nasi padang ni semua dah familiar kot, tapi yang tak tau meh sini aku explain. Nasi padang ni kan dia akan serve la sejumlah lauk pauk depan korang. So mana mana yang korang nak makan, makan je la. So yang korang makan tu je dia kira, kalau tak makan tak kira bahaha.


Lepas tu, destinasi pertama  kitaorang bagi day 1 adalah gedung sate, then rumah mode then aku dah tak ingat nama tempat haha. Sebab letih sangat so round macam tu sajalah hahaha.

bagi effect sikit boh ! haha



aku tak ingat nama tempat hahaha

aku beli haha



Then balik. Letih, penat haha.


view from hotel


Sedikit tips mahu kongsi :

  1. Pastikan anda pecahkan ke matawang kecil rupiah tu before shopping, senang beli.
  2. Sebelum shopping round dulu kawasan, sebab kadang kadang harga jauh beza. Aku dah kena T_T
  3. Sentiasa bawa air, haha.
  4. Pakai kasut senang nak round haha. Kasut sukan lagi best.
  5. Bawa beg. Senang nak sumbat barang.

Okey..sambung nanti post seterusnya haha

Sunday, November 2, 2014

Trip to Indonesia : The Arrival


Waahhhhhh !!! Cuti lama telah berakhir T-T.

Okey lah kali ni post mahu share tentang perjalanan ke Indonesia ( Bandung dan Jakarta ) . Tapi mak aih malasnya mahu taip, kira blehlah post gambar dan taip sikit kan ? :) 

Psst. Sebelum naik kapal :) 

simple ja hikhik
 

Okey. Flight kitaorang masa ni petang, around 4 something. Dijangka tiba ke Indonesia around 6 something.

Masa sampai di airport soekarno tu, fuh ! Besar gila airport. Lepas tu mahu ke airport dari landasan kena naik bas.. bayangkan betapa besarnya.. Dengan bag bag kena angkut naik bas dan orang berebut.. nasihat better bawa sikit barang la kan T_T tapi kalau dengan family surely payah..haha..



tunggu bas

Sampai di jakarta, kitaorang naik kira macam kereta pirate lah kan.. sini dinasihatkan..better ambil teksi yang bermeter..sebab kalau tidak bermeter macam biasalah, harga mark-up tinggi. Jejak kaki sana sudah rugi, haha experience. Aku tak ingatlah berapa kena mark-up tapi besar bezanya sebab esoknya kitorang naik teksi juga haha.

Kitaorang stay di hotel Fuxion Inn, stay 1 malam sebab besoknya kitaorang naik train ke bandung. Well * godek gambo cari * Tapi sesat jua cari wei.Situ sudah buang masa.

Okey..Sambung ke post seterusnya hehe.