Memula tak tertarik pun nak menonton movie ombak rindu ni. Tapi disebabkan tadi nak pergi ke 1Borneo untuk bayar bil broadband DG tu, apa salahnya untuk menonton filem yang dikatakan menyasarkan kutipan sebanyak 10 juta ringgit ni kan ? Hehe.
Disebabkan ajak mak dan adik-adik yang lain maka awal-awal sudah buat online reservation sebab movie ni kan movie baru dan 1st day keluar maka adalah lebih selamat untuk reserved seat online.
Semangat. Hehe. |
Apabila sampai je kat pawagam tu lihat ramai orang, sah- sah nak beli tiket ombak rindu kan ? Apabila aku pergi ke kaunter biasa, aku tengok seat dah hampir penuh dan kalau beli pun kami terpaksa beli seat berpisah-pisah. Takleh duduk setempat. Maka aku pun cancel beli kat kaunter biasa dan pergi ke kaunter reservation. Okeh. Seat memang best. Tapi mahal bayarannya berbanding tak reserved. Aku bayar rm33 tapi kat kaunter biasa kira tadi just rm28 =.=
Yeye tiket dah beliii |
Masuk je, memang ramai orang kan. =.=
Review :
Aku tak pernah baca novel ombak rindu ni so judgement aku nak compare antara novel dan movie tak ada ler. Aku just review dari apa yang aku lihat kat movie je oke ?
Movie ni mengisahkan Haris ( Aaron Aziz ) yang mengahwini izzah (Maya Karin ) setelah bersimpati dengan nasibnya yang dijual ke kelab malam ( setelah diperdaya oleh pakciknya untuk mencari duit bagi membiayai kos pembedahan makciknya ) untuk melayani lelaki ( pelacur ). Dipendekkan cerita, Haris merupakan lelaki pertama yang meniduri Izzah. Lepas Izzah merayu untuk Haris mengahwininya, haris bersetuju untuk mengahwininya tanpa sesiapa pun mengetahuinya kecuali pembantu rumahnya bernama Pak Dollah dan isterinya.
Credit pada Aaron Aziz yang pandai bawa watak dalam cerita ni. Bila jadi romantik, sungguh mengugat keimanan, bila jadi ganas sangat ler ganas dan bila jadi samseng masa deal dengan tauke kelab malam pun stylo =P
Then mula laa hidup mereka sebagai suami isteri. Tapi takde siapa pun tahu kecuali pak dollah dan isterinya yang tolong jagakan izzah tu. Satu hari mak dia dapat tahu yang Haris ni ada perempuan simpanan lepas dia upah spy untuk spy anak dia c Haris ni. Dan mak dia pun mula ler benci kat izzah ni sebab anggap da sebagai perempuan simpanan walhal dah jadi isteri Haris yang sah.
Hinggalah satu hari, Izzah ni muntah-muntah dan loya sehinggakan haris salah sangka yang izzah ni mengandung so dia pun minta izzah ni gugurkan kandungan . Tapi dia ni membabi buta menyerang dowh. Dah puas pukul izzah baru dia dapat tahu yang izzah ni tak mengandung sebaliknya just alami simpton period je. =.= ( Kan dah malu ) . Start dari situ haris rasa bersalah sangat dan minta maaf kat izzah. Dan start dari situ juga dia mula ada perasaan cinta kat izzah ni.
Bila masing-masing dah ada perasaan cinta sesama sendiri , mesti ada halangan kan ? Masa ni muncul pula Mila Emilia ( Lisa surihani ) yang merupakan kawan dari kecil haris dan perkahwinan diorang ni dah ditetapkan tapi sebab haris ni tak cintakan mila dia taknak kawin dengan mila tapi mila berkeras nak juga, maka terpaksalah dia berkahwin.
Mila yang tahu haris cintakan orang lain cuba meluahkan masalah dan perasaan dengan izzah yang ketika itu bekerja sebagai SU haris tanpa mengetahui yang sebenarnya izzah tu lah perempuan yang haris cintakan. Tapi lain pula jadinya bila dia salah sangka yang kawan dia ada hubungan dengan haris. So adegan kejar mengejar bermula. Alih-alih haris excident.
Masa ni, mail ( Bront Paralae ) pula ada temuduga kat KL so minta tolong dengan izzah. Diorang tumpang kat rumah pak dollah. Nak dijadikan cerita, haris datang ke rumah pak dolah tapi terserempak dengan izzah kat situ so dia pun beranglah dan nak gantung hubungan dia dengan izzah sebab mak haris ni dah fitnah izzah. Dia pun tak tahu masa tu izzah pregnantkan anak dia dowh.
Bla bla bla ..dan izzah bawa diri ke kampung. Lepas tu pak dollah pula reveal kat haris sekeluarga yang sebenarnya haris ni anak dia, dia serahkan kat datuk sebab datin ni dah 3 kali kematian anak. Masa tu juga haris tau yang izzah ni pregnant dan pergi cari izzah kat kg.
Macamana dengan Mila lak ? Aha. Mila minta diceraikan sebab dia baru sedar yang masa tu, haris tak mampu nak cintakan dia sepertimana dia cintakan izzah dan dia sedar dia yang ganggu hubungan mereka sebab mereka ni dah 2 tahun kawin before haris kawin dengan mila.
Happy ending.
Oiihhh penat ler aku taip. Tapi cerita dia lebih kurang macam ni laaah. Cuma kalau dalam novel ( kat wikipedia aku baca ) , izzah ni tak disukai oleh makciknya. Tapi dalam novel ni, makcik dia rasa bersalah sangat sebab susahkan izzah yang susah payah jaga dia dan satu lagi dalam novel mak bapak izzah mati kemalangan jalan raya manakala dalam movie ni mak bapak izzah mati kat laut.
Tabik pada pelakon utama Aaron aziz terutamanya yang bawa watak dengan baik sekali. Even lelaki semacho dia menangis .. huahua. Sedih memang sedih. Dan maya karin, she sooo sweet pakai tudung. Nampak sangat penampilan dia gadis kampung tapi aku rasa ada lagi kot pelakon yang boleh buat lebih baik dari dia, kan ? =)
Rugi tak tengok. RM7 je dowh. |
Anyway, cerita ni tak rugi kalau tengok. So aku bagi 5 stars sebab boleh buat mak aku nangis tersedu-sedu kat sebelah aku yer ? Hehe.
P/s : letihnye tulis. =.=
da tengok ombak rindu tadu jam 9.30 dekat 1b. heheh, ceritanya best, tapi x sama ngan dekat novel. aku pun bagi 5 star lah, sbb boleh wat aku nangis. hehehe
ReplyDeletebest ae?...ermmm...xsempt nk tgk lg...
ReplyDeleteeh,...gempak x citer nie?
ReplyDeletetengok dengan mak ye..hihi..novel die mmg best so rase harus nonton muvi nie..thanks 4 da review!
ReplyDeleteni yang buat sy semangat nk gi tgk :D
ReplyDeleteini review kedua sy baca..tgh kumpul byk2 review..hehe..
ReplyDeleteabang pun ada buat review. tapi pasca review lah
ReplyDeleteyups
ReplyDeleteselalunya pengarah tidak akan ikut bulat2 kisah di dalam novel
adegan makcik izzah dimandikan tu menarik sebenarnya sebab sangat kuat
kalau ikut novel memang tak ada lah adegan tu
hehehehe
http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/12/review-filem-ombak-rindu.html
@Kira Kekuri menangis ka ? Hehe. Ya baa sedih pula ceritanya tuu kan ? =)
ReplyDelete@Fendy Tengoklah sebelum terlambat. tak rugi tengok. inilah masanya nak support industri melayu kita =P
ReplyDelete@Jiwa Kamikaze 5 STARS, mesti gempak punya. hehe.
ReplyDelete@syaz@rozelt sama-sama -) review agak panjang. maaf sebab amik masa anda utk membaca =P yer tgk dengan mak.hehe.
ReplyDelete@ayudress tengok-tengok. jangan tak tengok ! hehe.
ReplyDelete@Khairul Antasha ye ke ? hehe. banyak agi review orang buat. enrty saya kali ni agak panjang. sebab buat review liputan meluas =P . TQ sebab baca ya. =)
ReplyDelete@Abang Zam ye ke abang zam ? ni nak melawat lah.hehe.
ReplyDelete@Hans hehe. tapi tak best juga kalau dia ikut 100 % mcm dalam novel kan ? macam breaking dawn part 1. Bulat-bulat dia buat. so takde rasa ingin tau apa jadi next =)
ReplyDeletesetuju! ade pelakon boleh buat better dr maya karin!!!
ReplyDelete@A Girl Like You
ReplyDeleteyah, walaupun maya karin telah buat terbaik tapi ada pelakon lagi sesuai pegang watak tu =)
@A Girl Like You
ReplyDeleteyah, walaupun maya karin telah buat terbaik tapi ada pelakon lagi sesuai pegang watak tu =)