Followers

ADS


FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !



BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !



SBOBET ONLINE
12bet Indonesia

Stalker.

Sunday, November 20, 2011

Kebaikan yang dibalas. Kau orang pernah ?

Masa balik tadi, ternampak laa gambar lama-lama . Lucu lah. Nampak sangat dulu muka suci, takda kerut sana sini, badan pun molek je. Sekarang ? =.= ( sila jangan tanya )


Sambil-sambil tu, teringat pula cerita dulu-dulu. Pasal kebaikan yang dibalas. Bunyi pelik kan ? Tapi maksudnya lebih kurang macam ni : Anda buat kebaikan terhadap orang tu, kemudian dibalas dengan kebaikan / ganjaran. Pernah ?


 ************

Dulu masa aku kecik-kecik, mak dengan dadi aku rajin bawa kitaorang ni jalan-jalan. Almaklumlah masa tu baru kami 3 beradik (eh. 3 tu kira ramai lah kan ) . Mungkin sebab kami ni tak kuat meragam, jadi mudah ler nak bawa sana sini. Atau masa tu mak dadi aku still muda remaja, asyik nak jalan je

Nak dijadikan cerita satu hari parent aku bawa kami semua ke Taman Tun Fuad, salah satu tempat rekreasi. Selalu tempat tu orang jogging petang-petang. Dah puas  round-round, jogging-jogging, makan ice cream, makan gula-gula, makan keropok, minum air coke maka hari pun semakin gelap. 

Masa nak balik ke kereta and nak masuk, tetiba nampak satu benda hitam dekat kereta kitaorang. Aku pun amik, cakap kat dadi aku. " Dadi, apa benda ni ? " ( Sila bayangkan budak kecil comel molek bertanyakan soalan dengan ayahnya ) . Rupanya, benda tu telefon bimbit . (sila maafkan budak kecil yang tak tau apa telefon bimbit masa tu ).

Dadi aku pun ambil lah lelefon bimbit tu, godak sana godak sini, call number yang ada dalam telefon tu dan somehow, he managed to get the owner of the phone.

Esoknya, owner telefon tu datang ke rumah . ( Yang aku ingat orang tu pakai cap je ) Ambil balik telefon bimbit dia dan ucap terima kasih kat dadi aku. Tapi aku paling suka part ni, dan tak boleh lupa sampai bebila. Bila dad aku tak ambil credit pun for his thanks, sebaliknya tunjuk kat aku yang memula sekali jumpa telefon bimbit tu. Owner tu say thanks dan murah hati menghulurkan sejumlah wang. Aku rasa dalam rm50 atau rm100 kot.

Lepas tu adik aku menangis gegila, then claimed dia pun jumpa gak telefon tu. ( Memandangkan dia ada sebelah aku masa tu ) . Ni mesti kes jeles. Kan ? =.= ( Ending : Duit rewards kena split untuk 2 orang. =.= )


Budak-budak. Biasalah. Jujur. Ikhlas. Lurus je. Tapi aku rasa, kalau esok-esok aku jumpa Iphone ke, Blackberry ke dekat mana-mana, aku rasa aku akan fikir 100 kali before nak bagi balik kot. Tu umpama rezeki terpijak beb ! HAHAHA. ( Sila berhati-hati )




Kau orang ada pengalaman tak ? Share lah. =)

2 comments:

Thanks for commenting ! =D