Lama tidak update kan sebab busy dengan kerja.Sekarang sudah based full time di sipitang. Baru beberapa hari disini,macam-macam pula lah jadi, maka mahu share satu cerita dengan kamurang. Mesti tertanya-tanya kan dengan tajuk diatas.
Kamurang tau, tadi aku dengan senang hatinya turunlah ke pekan sipitang yang jauhnya dari tempat aku stay ni lebih kurang 5 minit seja, maka aku pun drive dengan penuh fokus sebab driving malam. Bila sampai dekat area petronas tu nampak pula road block,terus masuk ke petronas sebab mahu beli nescafe mocha.
Sebab aku keluar dari petronas maka lepaslah dari road block, laluan ke pekan. Lepas habis round pekan mahu balik, kena lalu road block td. Diorang buat dua way roadblock, pergi dan balik. Jadi aku pun selamba la kan lalu..yalah sebab bukan ada buat kesalahan.
Aku lalu, dan nampak dari side mirror yang polis ni semacam membelakang.. Aku slow tapi lancar bergerak ke hadapan tetiba tingkap belakang kena ketuk macam mahu kasi pecah tu tingkap.
Eh ! Apa hal la pula kan. Nasib aku tidak speed. Lepas buka tingkap, polis tu marah sambil berkata, ' lain kali kalau road block, buka tingkap. Ingat kami tunggul kah sini?! Dengan nada yang memang aku rasa buat aku mahu park aside kereta dan turun menghadap dia, tapi terfikir yang aku ni jauh dari keluarga, seorang lagi sini maka aku batalkan niat aku. Lepas tu dia bebel benda yang sama dan kemudian minta lesen aku, then tanya kerja mana. Lepas tu, bebel lagi ' lain kali road block buka tingkap dan ingat kami tunggul kah di sini '. Paling lucu lepas tu dia cakap, ' kalau mahu jalan, jalanlah ! ' Eh tadi bukan main lagi kan mahu tahan bagai lepas tu nada macam pfft then boleh cakap kalau , mahu jalan, jalanlah!
Persoalannya sekarang, is it fair enough untuk pengguna jalan raya dilayan sebegitu rupa dengan nada yang menyakitkan hati? Kenapa aku cakap macam ni sebab semalam, ada road block di tempat yang sama tapi peliknya polis tidak pula ketuk tingkap macam mahu kasi pecah dan marah sebab tidak buka tingkap.
Sepatutnyalah kan, semua polis yang buat road block mesti suruh semua pengguna yang malang terperangkap di road block tu ( haha ) untuk buka tingkap dan bukannya tunggu pengguna buka tingkap. Come on lah encik polis, bukan semua pengguna jalan raya tahu prosedur road block ni.
Marah-marah buat apa? Kalau penat buat road block jangan la buat. Come on lah, ini sipitang ramai orang luar. Jangan assume pengguna jalan raya buka tingkap tiap kali road block sebab bukan semua tahu. Eh untuk pengetahuan, selama 5 tahun aku bawa kereta dan tiap kali kena road block tiada yang marah sebab tidak buka tingkap. Lagipun, cermin kereta aku zero tinted. ( tiada tinted ) Ini kali pertama dimarah untuk reason sebab : tidak buka tingkap masa road block.
Lain kali letaklah sekali ah signboard di sebelah signboard ' pemeriksaan polis ' iaitu ' sila buka tingkap anda sebelum polis marah anda '
Ini juga penambah sebab why i dont like police.
Sekian dari luahan hati pengguna jalan raya yang tidak tahu prosedur road block. Bye.
0 says:
Post a Comment
Thanks for commenting ! =D