Followers

ADS


FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !



BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !



SBOBET ONLINE
12bet Indonesia

Stalker.

Monday, February 3, 2014

Iphone 5s


 Iphone 5s. Yes. Iphone.

Siapalah yang tidak mahu memiliki iphone kan ? Paling bergaya ni kalau ada iphone haha.

Okey semua sedia maklum APPLE baru sahaja launch produk terbaru diorang, Iphone 5s. Kalau cerita pasal features mungkin tidak cukup page ni jadi aku sarankan untuk korang pergi lawat website APPLE dan tengok sendiri features dia. Memang menggugat iman. *eh.

3 choices

Memang iphone ni kira pakej lengkaplah. Kamera, features semua wokeh. Yang tidak best harga tu mak aih bapok lah mahal. Bayangkan 16gb RM2399, 32gb RM2799 dan 64gb rm3199. Mak aih Mak aih. Samsung yang canggih pun harga tidak cecah macam tu T_T .

Mahu dijadikan cerita, aku ni tengah cari phone. Blackberry aku yang sudah setahun pakai tu, selalu hang. Format pun hang. Hempas lagi hang T_T . Jadi better aku rembat samsung sejibik. S4 better juga kan. Model terbaru.

Tapi sebab rezeki, kenapa aku kata rezeki ? Masa aku cerita niat mahu beli telefon baru dengan mak aku tetiba dia kata ' eh pakailah kad kredit mama ' Amboi. Apa lagi. Apa lagiiiiiiii.

Terus besoknya aku usha. usha dan usha. Jadi aku buat keputusan...














HAHA. Okey. Jadi Iphone 5s aku sudah rembat. Banyak weh halangan masa aku mahu beli iphone ni. Haha ;

Aku pergi kedai apple di center point yang sememangnya apple sangat, disebabkan 16gb di kebanyakkan kedai sudah habis macam goreng pisang jadi aku decide rembat 32gb, masa tu ibarat gantung diri sebab harga RM2799 haha. Sampai kaunter, alamak kedai apple tu tidak mahu terima sebab bukan kad kredit aku. Masa tu aku fikir : oh iphone memang tidak ditakdirkan untuk aku. Lepas call mak aku dia kata ; amboi kedai tu, apa hal pula. Selalu dadi pakai kad tu lepas seja. Jadi aku balik dengan hati yang kecewa ;(

Sampai rumah mak aku suruh beli kedai lain. Sebab aku balik sipitang besoknya perjalanan jauh maka kenalah beli juga haha, aku bawa mak aku pergi 1 Borneo di technorats untuk rembat satu. Sudah selesai proses pembayaran, test iphone camera not functioning. Walaweh ! Memanglah dugaan woih. Mau sejam juga tu. Kedai re-test, tidak dapat jadi kena call tauke untuk ganti baru. Bila ganti baru okey fine, everything wokeh.

Belum habis lagi cerita haha, aku lupa yang iphone ni pakai sim nano haha aku terpaksa lah malam tu juga pergi digi center sana suria sabah tuk tukar. Ambik kau. Kena rm20 charge haha T_T .

Haha. Besoknya balik sipitang dengan hati yang senang. HAHA.


P /S : Hutang dengan mama T_T
 

0 says:

Post a Comment

Thanks for commenting ! =D