Followers

ADS


FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !



BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !



SBOBET ONLINE
12bet Indonesia

Stalker.

Friday, June 6, 2014

Abang Long Fadil


Lama sudah tidak tengok filem melayu. Sebab watak utama zizan, yang mana kita sedia maklum kalau ada zizan mesti lawak. Jadi, terpanggil lah mahu tengok.

Okey, sebenarnya si adik yang ajak pergi tengok. Tidak mahu hampakan adik bongsu jadi terpaksa juga pergi teman dia tengok wayang, kesian betul pergi whatsapp whatsapp aku ajak pergi tengok wayang ni.

Sebelum pergi cinema sempat juga tengok trailer dia, kot kot kalau kecewa dapat juga control masa dalam cinema tadi. Haha.


Lepas habis tengok trailer, wow ! HAHA.

Review :

Filem ni lebih kurang filem monolog lah. Sebab latar suara pun suara zizan. Siapa yang tengok KL Gangster 1 and 2, akan faham cerita ni. Kira macam past punya KL Gangster lah.
So..dalam cerita ni zizan jadi hero. Lepas malik masuk penjara yang mana shark sabotaj dia kan.. zizan plan mahu keluar dari group shark. Tapi shark refused. Dipendekkan cerita, shark buat deal dengan zizan yang mana dia kena serah kampung berani dekat shark nanti. Pendek kata, zizan kena jadi taiko lah di kampung berani tu dan bila sudah dapat kampung berani kena hand over pula sama shark.

Macam - macam halangan yang zizan tempuhi untuk ambil alih kampung berani tu haha. Lawak memang lawak. Pengarah patut dapat kredit, sebab jalan cerita yang menarik walaupun tidak logik untuk aksi aksi lawan tu..

Kesimpulannya ?  zizan dapat ambil alih kampung berani tu.. shark nyaris take over dari zizan.. tapi sebab kebangkitan penduduk kampung berani maka kampung berani bebas dari gangster haha.


Aku malas mahu review panjang dan lengkap. Nanti spoil pula kau orang tengok cerita ni. Pendek kata, aku suggest kau orang tengok movie ni sebab kau orang konfirm tidak kering gusi ! :) 

Rating :  4 of 5 stars !

0 says:

Post a Comment

Thanks for commenting ! =D