Followers

ADS


FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !



BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !



SBOBET ONLINE
12bet Indonesia

Stalker.

Tuesday, November 4, 2014

Trip To Indonesia : Day 2 , 27 Oct 2014.


Okey kali ni kita sambung untuk post sebelumnya pula..


Untuk hari kedua ni, kami buat keputusan pula untuk pergi sedikit jauh. Kami buat keputusan untuk pergi ke tangkuban perahu. Perjalanan ambil masa 2 jam aha.

Dalam perjalanan tu, tour guide kami sibuk mahu bagi kami rasa tahu susu @ tauhu susu yang digoreng. tapi malangnya belum beroperasi sepenuhnya masa tu..kira tutup lah kan so kami just ambil gambar sajalah hehe..

 


Walaupun kecewa, kitaorang sambung perjalanan kitaorang ke destinasi yang ingin dituju iaitu Tangkuban Perahu.. oh ya perjalanan ni umpama mau ke kundasang, naik bukit tinggi ahaha. Banyak view cantik tapi malas ah upload banyak sangat aha.

Dipendekkan cerita, kami dah sampai..

welcoming to tangkuban perahu


Tangkuban perahu ni kira tempat kawah berapi lah kan, boleh nampak lagi asap keluar dari kawah di bawah tu wuhuuuu..






Ni masa di entrance. Kalau pergi ke belah kanan sebenarnya ada tempat gerai tuk anda beli souvenier, memang banyak gerai, banyak jenis barang boleh beli so kena buat pilihan yang tepat..kena pandai pilih barang dan harga..

And also, akan ada lah penjual barang macam gelang yang freestyle yang kadang akan kejar anda tuk beli barang mereka..ini tour guide pesan pada kami supaya jangan dilayan sama sekali..also ada juga kuda di area ni tuk anda jalan jalan sambil naik kuda..tapi of course bayar..haha

nampak tu kuda ?? tu naaa

gerai luar

gerai dalam

Lepas round round ambil gambar, naik turun bukit tu, beli souvenier akhirnya kitaorang meluncur terus hendak ke bandung semula.
 
Tapi before that sempat singgah minum kopi musang hahahaha. PAHIT Okey.


Bukan setakat rasa sebenarnya, dalam ni ada tempat untuk proses kopi temulawak tu.. so kami kena brief sikit dan dapat tengok real live musang hehehe.


Sebelum meluncur terus ke bandung, tour guide sempat bawa kami singgah ke floating market. Best ! :) Dalam tu macam macam ada hoi.

Mau pergi mana dulu aaa



feeling macam g thailand lak
Sedap gila rojak buah dia, sambal buat time order. Pakai lesung batu tumbuk ! fressh !
Floating market. Di bot jual makanan

Token untuk membeli


Entrance

Actually floating market tasik sebenarnya, kira tarikan jual makanan atas bot. Dalam ni pun ada taman mini, kelinci ada ikan ada burung ada. Lepas tu pelbagai jenis makanan dijual. Oh ya, untuk segala transaksi jual beli dalam ni guna token so cash kena tukar ke token dulu di kaunter : )

Sampai dekat bandung, kitaorang singgah beli kain, rumah mode dan paris van de mall hehehe.

penat haha tunggu member pilih kain

rumah mode

masa di paris van de malls

Memang jauh perjalanan dan banyak tempat pergi, penat tapi berbaloi untuk luaskan pengalaman merantau ahaha. Besok adalah hari terakhir kami di bandung... : (

Okeyyy..next post okey.

0 says:

Post a Comment

Thanks for commenting ! =D