Followers

ADS


FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !



BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !



SBOBET ONLINE
12bet Indonesia

Stalker.

Thursday, June 2, 2011

Kawan

Pengakuan Ikhlas.Selama aku berkawan ni, aku tak pernah nak buat khianat atau jahat kat kawan.Maaf la, aku ni kasar.Gurau memang jahat =P tapi bila bab kawan ni, aku tak tinggal kawan bhai.Hati kawan kena jaga tapi janganlah hipokrit.Bila dia buat benda yang kita tak suka, tegurlah dengan seikhlas hati.Tapi jangan sampai dia terasa dengan teguran kita.Ehe.Nasib la aku bukan jenis nak amik tahu hal orang sangat.

Definisi kawan bagi aku ?  Satu je.Kawan adalah orang yang bersama kita susah dan senang, dunia dan akhirat.Kalau kita susah, dia pun susah sama.Kalau senang, senang sekali laa.Tapi sepanjang aku kat Kuantan ni, belum lagi jumpa orang macam tu.Kalau kat tempat aku, berlambak je ada.Kawan dari sekolah rendah sampai sekarang.Takde terasa-terasa, tacing-tacing ,emo-emo ,sentap-sentap.Hihi.Bagi lelaki, aku rasa takde masalah la.lelaki kan jenis sempoi.Tapi perempuan ni laa,susah sikit nak cakap.Aku bukan tak backup kaum aku sendiri tapi tengok dari pengalaman sendiri, heh.Memanglah perempuan ini amat sensetif.Kita rapat dengan orang lain, mulalah terasa.Itu jenis kawan yang suka mengongkong.Susah.Tapi lagi teruk bila kita dapat kawan yang tikam belakang.Setakat ini, aku takde la kena teruk sangat.Haha !

Entri ni aku buat saje je, nak luahkan perasaan katakan.Mood : tekanan belajar pepejal.Sumpah aku kecewa, rasa macam nak sepak bunuh je member aku , bila dia buat perkara yang buat aku rasa dia mengkhianati aku ! Eceh. Sorylah,aku manusia biasa.Bila orang buat sumting kat aku yang aku takleh terima, automatic dia aku buang jauh-jauh.Tak kira laa.Berkawan 10 tahun pun aku buang.Macam tak pernah buat sebelum ni,kan ? Ehe.Bersebab apa ! *Kau sibuk-sibuk hal orang pehal ? Dah la aku tak suka masuk campur hal orang, kalau setakat dengar masalah orang takpe laa.Aku dah biasa.Tapi kalau dah jadi macam ni.. BYE. * Malu pun ada kat orang-orang tu,haish.Maaf laa.Saya minta anda semua maafkan dia oke. >_< . 

Dah laa.Sumpah aku tak harapkan sapa-sapa dah kat kuantan ni.Nak percaya sangat pun tak boleh, takut kita kecewa bila kawan-kawan kita tak bersama kita bila kita perlukan mereka.So,be independent laa.Tak payah nak harapkan sangat orang.Setakat pergi bandar dan makan sorang-sorang,takde hal la.Macam tak biasa.

Eiyh, aku nak sambung study laa.Sekian sahaja entri mengarut ini.Selamat malam ! =)

P/S : Baru-baru ni aku ada dengar ada orang cakap aku gila suka sorang-sorang.Aku tumbuk kang ! Aku malas nak lekat sangat kat orang atau orang lekat kat aku , rimas laa ! HAHAHA ! =) -->independent ! =)

0 says:

Post a Comment

Thanks for commenting ! =D