Followers

ADS


FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !



BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !



SBOBET ONLINE
12bet Indonesia

Stalker.

Friday, November 25, 2011

Review Breaking Down Part 1.

Tadi berpeluang untuk menonton breaking dawn part 1 bersama nina. Sebenarnya semalam lagi plan nak tengok, memandangkan hari ni merupakan hari pertama dia keluar kat pawagam.

Di malaysia, 24.11.2011

Maka.. dengan excitednya terus book ticket,buat reservation ticket melalui website GSC.


Mudah je. Daftar sebagai member GSC. Kemudian buat online reservation. Just mention ref number kita kat kaunter dan buat pembayaran. Kan senang macam tu ? Lebih senang dan cepat =)

Sampai kat cinema, pergi ke reservation counter dan claim ticket. Nina belanja tengok wayang. Hehe. and aku belanja dia makan mcd. Fair kan ? =)

Yeeeeaaa. Tiket dah dapat !


Review about breaking dawn part 1 :


Mungkin sebab aku dah tahu jalan cerita bagi movie ni sebab dah khatam baca novel dari siri 1 sampai 4, maka takde yang menarik sangat bagi aku. Sebenarnya banyak lagi scene dalam buku yang takde dalam movie ni, tapi ye laa kita kena faham bukan mudah nak simplifykan cerita yang beratus muka suratnya kepada movie yang tak sampai 2 jam kan ?
Dalam movie Breaking Dawn Part 1 ni, Edward dan Bella berkahwin. Seriously, sangat sweet. Aku rasa perkahwinan diorang ibarat perkahwinan yang semua orang idamkan. Tapi macam biasalah kan.. mesti ada halangan dan cabaran kan ? Dalam movie ni, lepas edward dan bella berkahwin diorang pun pergilah honeymoon kat satu pulau yang terpencil. Entah macamana (aku rasa ada scene kena potong ni ), bella ni pregnant. Semua nak hapuskan benda aka baby dalam kandungan dia tu, tapi bella pertahankan. Dia minta rosalie untuk jaga dia, sebab dia rasa rosalie tu faham kehendak dia.
Masalah yang diorang hadapi adalah baby dalam kandungan tu, memudaratkan bella, dan for sure semua orang tahu dia akan mati sebab baby tu kiranya immortal la kan. Strong enough to break her dan bla bla blaa.
Jacob pula berpaling tadah dari tribe dia dengan sokongan leah dan seth dan protect bella sebab tribe dia dapat tahu pasal kandungan tu dan tekad nak hapuskan  kandungan tu. Ending ? Dah nama part, mestilah bersambung kan ? =.= Tapi aku dah tahu apa akan jadi for part 2. Kalau tengok dari part 1 ni, tak ada banyak yang berubah walau diadaptasi dari cerita novel kan. Dan aku rasa, kalau pengarah first tu still mengarah cerita ni, mesti dia dapat buat lebih baik daripada pengarah sekarang.
Maybe sebab pengarah sekarang ni lebih berpengalaman handling scene-scene yang guna 3D sebab cerita breaking dawn ni involves banyak werewolf, maka advantages goes for him.

Lepas habis je cerita breaking dawn part 1 tu, kami pun heading ke Tutti Frutti. Baru buka ni. Sebab before this takde kat 1 Borneo ni. Lalu kami pun try some.
 
Dia memang suka interframe =.=

Cup hijau / kecik takde so kenalah amik cup pink yang besar niii. =.=


Setelah blur seketika tentang macamana nak guna mesin ice cream tu, akhirnya berhasil juga menggunakannya. =.=  First timekan, sila abaikan.

Hasilnya :

Ice cream cappuchino. Nasib baik rasa dia tak pekat sangat =.=

Disebabkan kedai tu baru lagi dan selection flavors dan topping tak banyak sangat so just rembat je apa yang dirasakan sedap. Aku tak suka buah-buah letak kat ice cream, rasa macam tak kena je so aku just letak chocolate chips, cornflakes dan biscuits.


" Perhatian !! Kalau time-time ni anda sedang mengalami kekurangan duit, atau save budget SILA JANGAN DATANG KE TUTTI FRUTTI. Sebab 100 gram = RM5.60 "


Lepas tu balik dengan hati yang puas. =) Oke bai.

6 comments:

  1. woihhhh alahai aku n tngok jugak..sob T-T

    berani kau tnye boleh ke tak klik ads aku? klik je sepuas hati skrg saya juga bbuat sedmkian rupa di blog anda.. miahahaha *gelak keji*

    ReplyDelete
  2. huhuhuh. . ..men awl ko p ttgk tu wyg. . hahha. . .siok sgt ka?sa mo tgk dlu beu sa p tgk tu breaking down. . arg!hahhaha

    ReplyDelete
  3. @izzana : HAHA aku dah klik lah ads kau.

    @Yuyay : HAHA. semangat baa sa ni mau meningu. Itu lah tu p tinguk. Ekeke. =)

    ReplyDelete
  4. sepatutnya ari ne mau tgk jua. kalo ndak sam hall udah kita tuh. tapi teda kawan. huhu. :'(

    tapi tekpa, tak minat twilight. haha. mau tgk misteri jalan lama jak.

    ReplyDelete
  5. jadi tutti frutti sapa yang blanja? haha..

    btw, aku ka pula tu? ekeke..nanti part 2 tengok lagi weh. aku macam mau pi tengok jak balik filem ni. haha..

    ReplyDelete
  6. @Cahya Qasehnya : haa. teda kawan ? roger baaa. ekeke. =P

    Ya, itu pun mcm best ja ni ba.

    ReplyDelete

Thanks for commenting ! =D