Followers

ADS


FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !



BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !



SBOBET ONLINE
12bet Indonesia

Stalker.

Friday, January 20, 2012

Jumpa adam adli. HAHA.

Salam bloggers.

Sekian lama counting days, akhirnya balik juga ke rumah. Penuh cabaran dan rintangan weh ! =.=

Tidur dalam 2 jam je before bangun bersiap untuk pergi terminal. Itu pun minta tolong member hantarkan. Lucky me, she agreed to help. Terhutang budi dengan dia dowh ! Bas jam 7.45am kan =.=

Dalam bas, tengah-tengah syok tidur boleh-boleh kepala terhentak kat tepi tingkap. Bengkak sikit dekat kening =.= . Sakit. >-<

Sampai KL, Around 12pm. Beli tiket bas awal-awal kat pekeliling sebab takut takde tiket 29hb nanti. Then lunch di KL SENTRAL. Masa tu MPH ada buat jualan di tengah-tengah KL SENTRAL. Kelihatan notis : " baucer 1malaysia boleh digunakan disini " CIS ! Aku tak dapat lagi baucer tu sebab masa baucer tu diedarkan, aku telah berada di KL  >-< ( Nasib baik boleh claim lagi )

MPH buat sales
Lepas tu heading to Masjid Jamek, niat nak beli speak mata kat sana. Baru tahu yang sekarang rapidKL guna token kan. Simple je. Mesin pun dah lain. Masa scan token tu, few times juga error. Biasalah orang baru 1st time guna. =)

Simple. =)


Hasil dari merayau-rayau ...

Jaket + spek mata dua aku beli. Hamek kau !
Lepas dah puas cuci mata, rembat barang.. aku pun naik laa bas ke LCCT. Dalam perjalanan aku sempat tidur. Ye laaa. Jauh tu perjalanan. Macam sejam lebih je aku rasa. Ke sejam. Buka mata je sedar-sedar dah sampai. Pergh ! Sesak gile LCCT. Nak duduk pun takde tempat. Merayau lagiii. Jumpa je seat terus duduk buka laptop dan layan running man.

Lepas check in, masa tengah tunggu flight nak berlepas tetiba nampak satu mamat ni.. tengah baris nak naik flight. Rupanya ADAM ADLI. ( Siapa tak kenal sila google )

Malu =.=

Lama juga aku tengok dia ni, masa tu dia dengan member dia ngah borak masa baris. Last-last aku pergi kat dia.

Excuse me, kamu adam adli kan ?
Ye saya. ( Muka macam terkejut je )
Err. Boleh amik gambar tak ?
Member dia kata boleh. Pastu amik henset aku. SNAP.

Aku nak interview weii. Tapi sebab diorang tengah baris dah nak naik kapal, maka tak dapatlah nak interview. Macam-macam ni aku nak tanya weiii. Seriusss. Aku rasa adam adli tercengang sebab aku tetiba serbu dia. Pastu nak amik gambar pula. Haha. ( Jakun )

Err. Nama siapa ?
Nama liling
Member dia kata : Student ke ?
Ye saya. Eh sorry yer ganggu.
Oh takpa.

Sedih je aku tengok dia berlalu pergi. Bukan apa. Serius wei aku nak tanya macam-macam kat dia. Masa tu dia naik kapal ke kota bharu. Kalau masa panjang, mesti aku akan tanya dia.

6.25 am naik kapal. Dalam perjalanan kepala sakit. Nak muntah. Tahan je. Malang. 1st time rasa macam tu dalam kapal. Mungkin sebab tak cukup tidur or mungkin sebab kapal tu banyak goyangg langgar awaaaannnn. Dahlah tak bawa ubat =.=

Bila sampai je KK, mak aku rupanya salah tunggu aku kat airport MAS. Kena tunggu dia lagi sekejap g. Masa tu tuhan je tau, sakit gile. Nak muntah. On the way balik, dalam kereta aku muntah. Nasib muntah kat paper beg yang aku rembat dalam air asia tu. Hehehe. Mak aku berhenti kat tepi jalan kasi aku puas-puas muntah =.=

Balik rumah around10 ++ pm, telan panadol 2 biji. Then tidur.

P/s : Apa pun bersyukur je lah dapat balik. Hehe.

1 comment:

Thanks for commenting ! =D