Followers

ADS


FOR HEALTHY LIFE - AND PLUS, MAKING MONEY !



BUAT DUIT DENGAN HANDPHONE !



SBOBET ONLINE
12bet Indonesia

Stalker.

Wednesday, August 24, 2011

Bab 9 : Review Cerita Cowboy VS Aliens .

Hari ni keluar bersama geng YB. Malangnya cuma kami bertiga sahaja yang dapat keluar, yang lain ntah pergi mana. Yalah, masing-masing ada komitmen lain kan . Lepas member amik aku kat rumah, kami terus je menuju ke Suria Sabah.

Memula pergi ke GSC, tengok movie apa yang available pada timing yang kami hendaki sebab member sorang ni aka driver kena balik before 9 Pm to pick his parent at airport. So bila tengok list dan timing yang ada, cuma Cowboy VS Aliens jam 7 Malam je yang fit dengan agenda kami hari ni.

Tapi kitaorang tak beli lagi tiket, kitaorang pergi cari restoran yang sesuai untuk kitaorag berbuka puasa.Lepas pergi ATM ( nasib laa ada duit sikit, kalau tak..tak tahu macamana = ( ) kitaorang terus je pergi Restoran Nasi Lemak Antarabangsa, reserved tempat dan order. 

Sempat rembat baju hotto windo di MetroJaya.HAHA


Oke.Cukup laa melalut.Ni nak bagi review pasal Cerita movie yang kitaorang tengok tu.

Ni diaaa... Comboys VS aliens

So, pelakon yang berlakon dalam cerita ni mesti rata-rata kau orang dah kenal. Pelakon utama memang semuanya yang lama dan terkenal, takde pun diorang tonjolkan pelakon baru . Cerita ni memang aksi habis
+ sci fiction. Cuma ada setengah tu yang buat aku rasa macam cerita ni fantasy laa bila adegan mati hidup semula (minah tu - ella ) . So, aku takleh terima sebab dia menyalahi undang-undang kehidupan. Mati hidup semula ? terang-terangan mati dibakar lepas tu muncul keluar dari api . Walaweh. Apa pun. Cerita ni sedikit bosan sebab walaupun kitaorang tak pasti apakah yang terjadi dari awal hingga pertengahan cerita, tapi kitaorang sedikit pun tidak rasa tergugat dengan rasa ingin tahu . Lebih-lebih lagi bila kitaorang fokus pada "berapa lama cerita ini akan habis" . Dekat 2 jam juga ni . =.= 

Tapi sumpah aku suka tengok lakonan Daniel craig (James Bond ) yang jadi hero dalam ni  sebab lakonan dia yang bersahaja dan sempoi dan juga body dia yang tegap . Harrison Ford (Indiana Jones ) pun not bad cuma dia dah tak aksi sangat lah, maybe dah tua kan. Olivia Wilde ( House ) pula main peranan yang aku sendiri tak pasti apa dia, maybe alien kot tapi yang pasti mata dia cantik.HAHA.

Overall ? Aku bagi 2.5 / 5 Je, sebab tak meng-exitedkan sangat. Tapi apapun kalau kau orang nak suka tengok cerita macam ni , pergilah ke panggung yang berdekatan yer  ! (Tapi tiket dia mahal, rm11 T_T ) .

1 comment:

  1. halamak aku tensen betul la.. aku nk tgok tapi esok nak balik.. mcm smpat je nk tgok ni =-='

    ReplyDelete

Thanks for commenting ! =D